Tatabahasa : Kata Adjektif

Arahan menjawab:

  1. Salin latihan dalam buku tulis pemahaman.
  2. Bulatkan jawapan yang betul. 
  3. Setelah siap, whatsapp gambar latihan yang telah disiapkan. 
  4. Tanda jawapan yang telah anda jawab dengan berpandukan jawapan yang akan diberi minggu seterusnya. 
  5. Beri markah kepada jawapan yang betul. 
  6. Rekodkan markah dalam JADUAL KENDIRI



TAJUK: KATA ADJEKTIF


1. Malam itu sungguh _________ kerana tiada kenderaan yang lalu - lalang.
    A. gelap          B. nyaman          C. hening          D. bising

2. Amir sangat _______ kerena mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam UPSR.
    A. segan          B. benci          C. marah          D. kecewa

3. Sikap ayah yang _________ memberikan dorongan itu menambahkan lagi semangat saya untuk
    belajar.
    A. lupa          B. malu          C. jarang          D. sering

4. Walaupun datuk Ramli sudah tua, kulitnya masih ___________ .
    A. tegang          B. teguh          C. tegap          D. tegar

5. Burung bangau mempunyai leher yang __________ .
    A.tinggi          B. panjang          C. pendek           D. rendah

6. Lauk - pauk yang dijual di gerai Mak Midah sedap - sedap belaka walaupun ____________ .
    A. kelat         B. pedas          C. pedas          D. payau

7. Puan Khoo melabuhkan kain batik anaknya yang kelihatan ____________ itu.
    A. rendah          B. singkat          C. tinggi          D. sempit

8. Saya tidak akan _________ seandainya dia berterus terang.
    A. ragu          B. marah          C. dendam          D. bimbang

9. Pemidato itu agak ___________ semasa berhujah.
    A. marah          B. gembira         C. bimbang          D. gementar

10. Petir berdentum dengan __________ menandakan hari hendak hujan.
      A. kuat          B. rakus          C. senyap          D. perlahan




Sumber: http://wongleena2012.blogspot.com/p/latihan-kata-adjektif.html