Arahan:
1) Salin karangan di bawah dengan teliti.
2) Selang sebaris apabila hendak menulis perenggan yang seterusnya.
3) Tulis dalam buku penulisan. Sekiranya tiada, boleh guna buku tulis pemahaman.
Tajuk: Cara-cara Mengatasi Kemalangan Jalan Raya
Kemalangan jalan raya bermaksud kecelakaan yang berlaku kepada seseorang semasa berada di jalan raya. Kemalangan boleh menyebabkan kita kehilangan harta benda dan anggota badan.
Terdapat pelbagai sebab kemalangan jalan raya boleh berlaku. Pertama, kecuaian pemandu seperti yang juga merupakan punca utama kemalangan memandu dengan laju, kurang tidur sebelum memandu dan mabuk ketika memandu. Ada juga sesetengah yang tidak mematuhi peraturan di jalan raya.
Selain itu, pemandu yang mengabaikan keselamatan kenderaan kenderaan juga merupakan salah satu punca terjadinya kemalangan jalan raya. Kebanyakan pemandu tidak memeriksa kenderaan mereka terutamanya di bahagian enjin dan tayar. Enjin dan tayar yang tidak diselia dengan sempurna akan menyebabkan kemalangan.
Namun begitu, kemalangan jalan raya boleh dielakkan. Antaranya ialah mengamalkan sikap berhati-hati di jalan raya. Kita perlu mematuhi segala peraturan yang terdapat di jalan raya. Kita juga perlu bertolak ansur semasa berada di jalan raya dengan memberikan laluan kepada orang lain apabila berlaku kesesakan di jalan raya.
Akhir sekali, kita patutlah memeriksa kenderaan terlebih dahulu sebelum menggunakan kenderaan tersebut. Enjin kenderaan perlu dijaga dengan menukar minyak silinder apabila telah cukup tempohnya. Tayar kenderaan hendaklah diganti apabila tayar itu telah haus. Kita juga perlu menghantar kenderaan ke pusat servis kenderaan untuk memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik.
Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya banyak bergantung kepada sikap manusia itu sendiri. Jika kita sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya maka kemalangan dapat dielakkan.
Nota kaki: Karangan ini telah diubah suai daripada Tunas Pelangi